Tokoh Kepimpinan Pelajar 2008
Nur Amirah bt Abd Aziz yang berada di tingkatan 5 Ummu Sulaim adalah anak kepada pasangan En Abd Aziz b Yusof dan Pn Hasnida bt Husain yang dilahirkan pada 20 Julai 1991. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Beris Panchor, kemudian ke SK Kemudi, Bachok dan oleh kerana keinginan untuk belajar di sekolah agama maka SMKA Naim Lilbanat menjadi pilihannya.
Bakat kepimpinan Nur Amirah dapat dinafikan lagi apabila dilantik menjadi pengawas sekolah pada tahun 2007 sehingga sekarang dengan menjawat jawatan exco tugas khas Badan Pengawas.
Selain bergiat dalam badan pengawas beliau juga dilantik sebagai exco disiplin asrama dan ketua lajnah usrah BADAR. Beliau juga memegang jawatan sebagai setiausaha kadet briged bakti dan setiausaha Persatuan Agama Islam. Penglibatan aktif dalam kokurikulum juga tidak menghalang pencapaian yang baik dalam bidang kurikulum di mana beliau telah memperolehi 9A dalam PMR 2006.
Nur Amirah banyak menyertai pertandingan dan memenangi beberapa anugerah peringkat sekolah, negeri |