HTP
HTP
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web kami....Semoga anda memperolehi banyak maklumat yang berfaedah
Semua warga Naim mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di mana jua berada, semoga kalian di dalam keberkatan Allah jua ....

Pengetua Naim

1. Tn Hj Idris b. Hj Omar (1941 - 1962.

2. Pn Hjh Salamah bt Hj Hassan (Feb 1962 - 1965)

3. Pn Hjh Nik Zaharah bt Hj Nik Yahya (Mac 1965 - 1982)

4. Tn Hj Wan Mohd Zain b Hj Wan Yaacob (16 Apr 1983 - 31 Dis 1988)

5. Pn Hjh Fauziah bt Abdul Rashid (1993 - 1996)

6. Tn Hj Abdul Lazid Musa (Memangku/ 1996-1997)

7. Tn Hj Abdullah b Hussin (1997 - 2000)

8. Tn Hj Wan Mohd Yasim b Wan Seman (2000 - 2006)

9. Pn Hjh Maimunah bt Hj Ismail (2006 - kini)

PAKSI yang diwujudkan adalah terbuka untuk semua pengguna, khususnya kepada warga Naim.

Tn Hj Idris Omar yang lebih dikenali sebagai Mu'alim Idris merupakan mudir Madrasah An-Naim pada tahun 1945 yang merupakan mudir yang pertama di sekolah ini.

Beliau dilahirkan pada 12/12/1924 dan meninggal dunia pada 17/5/1976 ketika berumur 52 tahun akibat sakit jantung. Isteri beliau pula ialah Hjh Rokiah bt Hj Mahmood yang dilahirkan pada 27/5/1931 dan meninggal dunia pada 15/5/2003 ketika berumur 71 tahun akibat sakit tua. Beliau telah dikurniakan 8 orang anak dengan 6 lelaki dan 2 perempuan

Mu'alimah Hjh Nik Zaharah Nik Yahya ketika menjadi Guru Besar di Madrasah An Naim pada 1971

 

 

SEJARAH SMKA NAIM LILBANAT SEMENJAK 1941............

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (SMKANL) yang nama asalnya Madrasatun Naim Lilbanat telah ditubuhkan oleh Tn. Hj. Nik Yahya bin Nik Daud pada Januari 1941. Idea penubuhan sekolah ini diperolehi pada tahun 1931 daripada nasihat seorang Guru Agama daripada sebuah sekolah Arab untuk pelajar perempuan di Singapura iaitu Tuan Guru Haji Muhamad Fadhullah Al-Zahari. Beliau menyatakan bahawa menjadi Fardhu Kifayah mewujudkan sekolah ini kerana pada waktu itu belum ada sekolah agama untuk perempuan.

Pada peringkat awal penubuhannya, proses pembelajaran dan pengajaran telah dijalankan di tingkat atas kedai (Syarikat Qamar) Tuan Haji Nik Yahya Nik Daud sendiri yang terletak di Jalan Petra Semerak dengan pelajar perintisnya seramai 7 orang. Pada ketika itu terdapat hanya seorang tenaga pengajar iaitu Encik Hussain Muhammad yang berkelulusan dari pondok Kuliah Al-Atta, Johor. Apabila muridnya meningkat kepada 70 orang, sekolah ini dipindahkan kesebuah rumah sewa kepunyaan Che Ibrahim (Syarikat Ibrahim) di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada tahun 1947. Pada ketika itu terdapat hanya 7 buah kelas iaitu dari darjah 1 hingga 7, manakala gurunya pula terdiri daripada 3 orang warganegara Indonesia.Pada tahun 1949, murid-murid telah meningkat kepada 120 orang dengan 2 orang tenaga pengajar iaitu Tuan Haji Fadhullah Suhaimi dan Tuan Haji Yaacub Idris, manakala pengetuanya pula ialah Haji Idris b. Haji Omar.

Usaha yang bersungguh-sungguh ini akhirnya telah menampakkan hasilnya di mana pada tahun 1954 seramai 7 orang pelajarnya telah menjadi tenaga pengajar di madrasah ini. Mereka ialah Ustazah Fatimah yusof (Bendahari Sekolah), Nik Kamariah Nik Yahya, Karimah Abdullah, Wan Maimunah Wan Hassan, Nik Zaharah Nik Yahya, Ustazah Salamah Hassan dan Ustazah Naimah.

Pada tahun 1956, bangunan madrasah ini telah dipindahkan pula ke Jalan Sultan Yahya Petra sehinggalah sekarang.

Yang Teramat Mulia Tengku Zainab Ibni Al Marhum Tengku Muhamad (Raja Perempuan Zainab 2) dan abangnya Tengku Ibrahim Ibni Al Marhum Tengku Muhamad (Tengku Sri Utama Raja) mengurniakan tanahnya dan dijual dengan harga yang murah dan ditukar nama dengan serta merta kepada Tuan Haji Nik Yahya Nik Daud dengan harga $24,000.00 dengan bayaran secara ansuran. Bagi menjelaskan bayaran ini, Tuan Haji Nik Yahya telah memohon sumbangan daripada Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu dan telah menyumbangkan sebanyak $70,000.00 di samping beliau sendiri telah meletakkan batu asas pembinaan sekolah ini pada 3 Ogos 1958 bersamaan 17 Muharram 1378H.

Bagi membina bangunan sekolah ini, sebuah syarikat cina (Syarikat Keng Be Kurlia, Kota Bharu) telah menerima tender pembinaan berjumlah $82,500.00 dengan mengeluarkan modal syarikat. Bayaran dibuat secara ansuran dengan sumbangan daripada Tengku Abdul Rahman dan sehingga siap bangunan sekolah ini pada waktu itu, hutang masih tertonggak sebanyak $32,500.00. Bagi menjelaskan hutang ini, Dato' Nik Hassan Nik Yahya iaitu anak Tuan Haji Nik Yahya sendiri telah berjumpa dengan Tengku Abdul Rahman bagi memohon sumbangan. Untuk itu, Tengku telah menyumbangkan sebanyak $30,000.00 dan baki hutang $2500.00 lagi telah disumbangkan oleh syarikat pembinaan tersebut sebagai hadiah.

Selain daripada itu juga terdapat beberapa pihak lain yang turut menyumbang. Mereka termasuklah Majlis Agama Islam Kelantan yang telah menyumbang sebanyak $1000.00, Syarikat Lee Rubber Bhd sebanyak $1000.00, Ayah Ji Syeik, Syarikat mancis sebanyak $1000.00, Che Ismail Sultan Kedai kain sebanyak $900.00, Syarikat Bombay (Abdul Ghafar) sebanyak $500.00 dan lain-lain penyumbang yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan India, Melayu dan Arab. Pihak Majlis Agama Islam Kelantan juga sekali lagi menyumbangkan $1000.00 di masa permulaan pembinaan Asrama pada tahun 1971. Ketika itu, Madrasah ini hanya mempunyai bangunan 2 tingkat dengan 9 bilik darjah dan sebuah asrama puteri 2 tingkat.

Tn Hj Nik Yahya Nik Daud merupakan pengasas SMKA Naim Lilbanat

Sebagai sebuah sekolah yang tersohor pada ketika itu di negeri Kelantan, Madrasatun Naim Lilbanat telah menjadi tumpuan para ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu agama di samping beberapa kemahiran lain yang turut diajar seperti jahitan dan masakan. Terdapat ramai lepasan sekolah ini telah berjaya menjawat jawatan penting dalam bidang ilmuan di negeri ini. Contohnya Puan Faezah Ismail yang menjawat jawatan Pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi Nilam Puri (Akademi Islam Universiti Malaya) dan Puan Hashimah Haji Ahmad.

Namun begitu, sekolah ini pernah meniti zaman kemerosotan pada tahun 1974 hingga 1976. Walau bagaimanapun dengan bantuan Kerajaan Negeri Kelantan, madrasah ini terus bertahan. Pada tahun 1977, pihak kerajaan pusat telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini, maka bermula dari saat itulah wujudlah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (SMKANL) berada di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia sehinggalah ke hari ini. Proses pengambilalihan sekolah ini telah disempurnakan oleh Dato' Musa Hitam selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu.

Pada tahun 1983, Blok B, Asrama B dan sebuah Musalla telah dibina, selain daripada Blok A dan Asrama A yang sedia ada sejak 1958 lagi.

Sehingga tahun 1983, sekolah ini hanya mempunyai 2 blok pentadbiran dan 2 buah asrama selain sebuah dewan makan. Bangunan blok C SMKANL telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha MuliaTuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra pada tanggal 5 April 1984 bersamaan 3 Rejab 1401H.

Pembinaan Blok D pada tahun 1990 manakala Asrama C dan masjid pula dibina pada tahun 1995. Setahun kemudian Blok E yang menempatkan makmal sains telah dibina. Geleri Bahasa Arab pula diwujudkan pada tahun 1998 atas usaha yang bersungguh-sungguh oleh Pengetua pada waktu itu iaitu Tn Hj Abdullah Hussin. Upacara Perasmian Geleri ini disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Alwi Yussof, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 23 Julai 1998. Pada tahun 1999 pula, dengan kerjasama antara pihak PIBG sekolah dan Syarikat Crescent Network Sdn Bhd telah mewujudkan Naim Cyber Centre (NCC). Setelah tamat tempoh perjanjian pada tahun 2003 NCC dikelolakan sepenuhnya oleh PIBG sekolah dan ditukarkan kepada nama baru Mesra Cyber Centre (MCC)sehinggalah ke tahun 2006. Pada tahun 2004 sebuah makmal komputer baru 2 tingkat yang menempat 40 buah komputer telah dibina dengan peruntukan daripada KPM dan makmal ini mula digunakan untuk proses P&P pada tahun 2006.

SMKANL telah dipilih sebagai Sekolah Rintis Bestari pada tahun 1999 oleh KPM merangkumi 4 mata pelajaran iaitu B Melayu, B Inggeris, Sains dan Matematik. Untuk itu pihak kementerian telah membekalkan 39 PC beserta 2 Note Book. Di dalam pengendaliannya, Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (SSMS) digunakan. Pada tahun 2005, sekolah ini diiktirafkan sebagai sekolah Bestari dan pada tahun 2007, satu sistem pengurusan sekolah bru diperkenalkan iaitu 'Webbase SMS).

.Pusat Akses IT (PAKSI) diwujudkan pada september 2007 untuk kemudahan guru, kakitangan dan pelajar bagi mengakses maklumat dari Internet, menyediakan kerja penaipan dan percetakan. Sebanyak 10 buah komputer dan satu printer lazer disediakan secara percuma. Pusat ini dibuka daripada pagi hingga ke malam termasuk hujung minggu di bawah pengawasan petugas-petugas yang dilantik dengan kerjasama warden asrama. Lokasinya terletak bersebelahan dengan SAC dan perpustakaan sekolah.

Pada tahun 2007, 2 blok asrama baru mula dibina dengan peruntukan terus daripada KPM. Asrama ini nanti akan menampung pelajar-pelajar yang tinggal di asrama lama yang terletak dalam kawasan sekolah dan blok asrama lama ini akan dijadikan kelas dan bilik-bilik untuk aktiviti serta pengurusan lain.

Hingga ke hari ini, SMKANL telah termasyhur dan meniti di bibir penduduk negeri Kelantan, khasnya dalam bidang kurikulum. Kemuncak kejayaan, ketrampilan dan kecemerlangan SMKANL yang menjurus ke arah kegemilangannya ialah termahkotanya sebagai Johan Sekolah Harapan Negara, Bahagian Sekolah Menengah Bandar Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999, Anugerah Kecemerlangan Shell PMR terbaik 1998 Peringkat Kebangsaan, Anugerah Kualiti Juara JPN Peringkat negeri Kelantan, Naib Johan Anugerah Kualiti YB Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 dan Juara Antara Juara Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan beberapa tahun berturut sejak 1999 dan akhir sekali mendapat penghargaan Khas daripada JAPIM di atas pencapaian terbaik SPM 2005 bagi SMKA seluruh Malaysia.

Para pelajar Naim bergambar kenangan bersama guru di awal penubuhan sekolah di tapak sekarang

Mu'alim Hj Idris Hj Omar(20/9/1964)

Mu'alimah Hjh Salamah Hj Hassan (Ogos 2006)

Mu'alimah Hjh Nik Zaharah Nik Yahya (24/4/2008)

 

Tn Hj Wan Mohd Zain Hj Wan Yaacob

Pn Hjh Fauziah Abdul Rashid (1995)

Tn Hj Abdul Lazid Musa (1996)

 

Tn Hj Abdullah Hussin (1999)

Tn Hj Wan Mohd Yasim Wan Seman (2005)

Pn Hjh Maimunah Ismail (2006)

 

Tahun

Bangunan Sekolah
Asrama
Musalla
1958
Blok A
-
-
1970
-
1
-
1983
Blok B
B
1
1984
Blok C
-
-
1990
Blok D
-
-
1995
-
C
2
1996
Blok E dan makmal sains
-
-
1998
Bilil Galeri B Arab
-
-
2004
Makmal komputer 2 tingkat
-
-
2006
Pondok PIBG
-
Anjung masjid
2007
-
2 blok
-
Copyright ©2008 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas

Naim Cyber Centre (NCC)

Terdapat 25 PC yang dibekalkan oleh pihak syarikat. Selain daripada guru dan pelajar boleh menggunakan kemudahan PC termasuk Internet, ia juga dibuka kepada pihak luar untuk aktiviti menggunakan PC juga untuk berkursus.

Perjanjian kerjasama telah termentri selama 5 tahun, di mana selepas tempoh itu, NCC akan di miliki penuh oleh PIBG SMKA Naim Lilbanat

Makmal komputer baru mula dibina pada tahun 2004 dan penggunaannya secara rasmi untuk P&P bermula pada tahun 2006

Bilik Simulasi yang menempatkan 39 PC untuk kegunaan proses P&P

Ahli Jamaah Pengurus Madrasah An-Naim di awal Penubuhannya

PENGERUSI

Hj Nik Yahya Nik Daud

NAIB PENGERUSI

Hj Nik Hassan Nik Yahya

SETIAUSAHA

Wan Khadijah Ahmad

PENOLONG SETIAUSAHA

Nik Zaharah Nik Yahya

BENDAHARI

Hj Idris Hj Omar

AJK

Hj Che Hasin Hj Che Muhamad, Cik gu Sidik Ismail, Hj Wan Ahmad Abdullah, Utz Ismail Yusof, Mansor Abd Wahab, Tengku Rahimah Abu Bakar, Nik Selamah Abd Rahman, Nik Kamariah Hj Nik Yahya

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Hj Yaacob Hj Idris, Ghazali Mahmood.