Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web kami....Semoga anda memperolehi banyak maklumat yang berfaedah
Ajk Aspurina dan seluruh warga Aspurina mengucap-kan selamat menyambut maulidur rasul, semoga tahun ini membawa banyak keberkatan....

 

 

 

 

PENGENALAN

Falsafah Sekolah - MEMBERI pendidikan yang seimbang kepada pelajar-pelajar merangkumi aspek-aspek akli, rohani dan jasmani bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat selaras dengan konsep Sekolah Bestari

Visi Sekolah - Menjelang tahun 2010 SMKA Naim Lilbanat akan menjadi sekolah TERBILANG dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah berteraskan agama dan teknologi.

Misi Sekolah

  • Mewujudkan masyarakat yang berwawasan dan cintakan ilmu sepanjang hayat
  • Mewujudkan masyarakat yang bermotivasi tinggi dan berdaya saing.
  • Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan bersahsiah tinggi berteraskan Islam Hadhari.
  • Melahirkan masyarakat yang mampu menguasai teknologi terkini dalam era globalisasi.


SMKANL merupakan salah sebuah sekolah daripada 55 buah sekolah agama yang dikelola oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Ia terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Bestari sejak daripada projek itu diperkenalkan


SMKANL adalah salah sebuah sekolah kawalan bagi negeri Kelantan. Setiap tahun keputusan peperiksaan awam samada PMR, SPM mahu pun STPM menunjukkan kecemerlangan. Keputusan SPM 2005 meletakkan SMKANL di tempat ke dua daripada 55 buah SMKA seluruh Malaysia. Begitu juga untuk keputusan tahun 2006 dan 2007.
Bidang ko-agama terus cemerlang dipersada negara. Kumpulan nasyid Soutun-Naim pernah meraih Naib Johan di pertandingan nasyid SLAD Peringkat Kebangsaan di negeri Perak pada tahun 2003. Seorang pelajar berjaya ke Pertandingan Tadarrus Quran di Peringkat negeri dalam bidang Hafazan untuk tahun 2006. Johan Zon Timur Marhaban di Astro tahun 2007..

Sebagai sebuah sekolah agama, sekolah ini juga tidak ketinggalan dalam bidang sukan . Tahun 2007 ini, 1 pelajar berjaya mewakili Kelantan ke peringkat Kebangsaan dalam permainan catur. Begitu juga dengan badminton dan juga beberapa permainan yang lain.
Copyright ©2008 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas

Terkini Di Naim

Bil Pelajar - 938, Tinggal di asrama - 580

Bil guru - 74

Bil Staf sokongan - 23