HTP
HTP
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web kami....Semoga anda memperolehi banyak maklumat yang berfaedah
Ajk Aspurina dan seluruh warga Aspurina mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul, semoga hidup anda sentiasa diberkati Allah jua ....

 

 

Pelajar PMR Naim 2006 Fathin Nabilah bt Abdul Rashid telah diistiharkan sebagai pelajar cemerlang 9A PMR 2006 peringkat Kebangsaan. Begitu juga 13 0rang pelajar Naim telah diistiharkan sebagai pelajar cemerlang 9A PMR peringkat negeri Kelantan. Pada tahun 2006 ini juga seramai 90 orang pelajar PMR telah memperolehi keputusan 9A
Bergambar kenangan bersama Tn Hj Ismail PPD Kota Bharu, Tn Hj Ismail Md Noor Pengarah Pelajaran Kelantan, Pn Hjh Maimunah Ismail Pengetua dan Pn Hjh Senaini Long PKP (bertukar)

 

Peristiharan keputusan PMR 2006 Peringkat Negeri Kelantan telah disempunakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran negeri kelantan pada 29 Disember 2006 di SMKA Naim Lilbanat. Pada majlis yang sama, penyampaian sijil kecemerlangan kepada 101 orang pelajar termasuk 13 pelajar daripada SMKA Naim Lilbanat. Pencapaian PMR 2007 adalah merupakan pencapaian yang tertinggi setakat ini yang diperolehi oleh sekolah ini.
Ketibaan Tn Pengarah Pelajaran Kelantan ke SMKA Naim Lilbanat turut disambut oleh dif lain
Antara dif-dif jemputan di Majlis Pengistiharan keputusan PMR 2006
Upacara penyampaian sijil
13 pelajar cemerlang 9A peringkat negeri daripada SMKA Naim Lilbanat
Penyampaian keputusan SPM 2006 di SMKAN telah diadakan pada 12 Mac 2007. Dalam keputusan tersebut seramai 7 pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar tersebut ialah dari kiri, Siti Nur Syamimi Mohd Kamil (11 1A, 2 2A), Fatma Husna Abdul Razab (11 1A, 1 2A), Madiihah Mohamad Nasriff (12 1A, 1 2A), Nurultaqwa Sulaiman (7 1A, 5 2A), Nur Athirah Sanusi (12 1A, 1 2A), Hasnita Abdul Halim (10 1A, 1 2A, 1 4B) dan Nur Maisarah Abu Bakar (10 1A, 2 2A)
Sekali lagi SMKA Naim Lilbanat mengekalkan rekod kecemerlangan dalam keputusan PMR yang diumumkan pada 27 Disember 2007 baru-baru ini. Dalam keputusan yang diumumkan baru-baru ini yang turut diraikan oleh Pengarah JPN Kelantan mencatat 92 calon mendapat 9A, 37 calon mendapat 8A, 10 calon mendapat 7A, 13 calon mendapat 6A, 4 calon mendapat 5A, 5 calon mendapat 4A, 3 calon mendapat 4A, 3 calon mendapat 2A dan 1 calon mendapat 1A.

Ketika menerima yang disampaikan oleh pihak pentadbiran sekolah

 

Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan turut hadir meraikan pelajar yang cemerlang

 

Ketua Pelajar Naim 2007, Ezma Yanis bt Mohd Mahidin merupakan pelajar terbaik SPM 2007. Beliau mendapat 12 1A dan 1 2A. Selain daripada itu sekali lagi Naim membuktikan keunggulannya dengan pencapaian SPM 2007 yang sangat memberangsangkan.

Dalam keputusan SPM 2007, seramai 3 pelajar memperolehi 13A, 6 pelajar memperolehi 12A, 15 pelajar memperolehi 11A dan 11 pelajar memperolei 10A dengan Gred Purata 2.82. Subjek tertinggi ialah B Melayu dengan pencapaian gred purata 1.40 dan matematik 1.58.

 

Ezma Yanis Mohd Mahidin

Copyright ©2008 Smka Naim Lilbanat. All rights reserved. Hubungi kami bagi sebarang maklum balas