Semua warga Naim mengucapkan selamat menyambut Hari Guru Semoga prestasi anda tahun ini lebih cemerlang ....
TERKINI ......
Seramai 4 orang nazir persekutuan telah hadir ke SMKA Naim Lilbanat pada 29 dan 30 April 2008 bagi menjalankan pemantauan Anugerah Sekolah Cemerlang untuk tahun 2008 ....
Seramai 4 orang kru TV3 membuat penggambaran di Naim sempena kemenangan pelajar Naim dalam pertandingan 'spelling right' peringkat negeri Kelantan anjuran NST dengan kerjasama TV3 ......
Pasukan nasyid Soutun Naim dijemput membuat persembahan dalam festival Kesenian Islam (FESKIS) anjuran Institud Perguruan Kota Bharu pada 4 Mei 2008 di Dewan Wawasan IPKB.
Pelajar Ting 5USL,Nur Amirah Bt.Ab.Aziz telah mewakili negeri Kelantan ke Kem Tokoh Kepimpinan Peringkat Kebangsaan ASAT 2008 dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Kebangsaan bagi kategori Menengah Atas Perempuan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (SMKANL)yang nama asalnya Madrasah An-Naim telah ditubuhkan oleh Tn. Hj. Nik Yahya bin Nik Daud pada tahun 1941. Bangunan asalnya adalah terletak di Jalan Putra Semerak, Kota Bharu dan pada tahun 1947 ia berpindah pula ke Jalan Sultanah Zainab
, Kota Bharu dan akhirnya berpindah pula ke Jalan Sultan Yahya Petra pada tahun 1958 sehingga ke hari ini. Pada asalnya sekolah ini dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sehinggalah pada tahun 1977, pengelolaannya telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hingga ke hari ini, SMKANL telah termasyhur dan meniti di bibir penduduk negeri Kelantan, khasnya dalam bidang kurikulum. Kemuncak kejayaan, ketrampilan dan kecemerlangan SMKANL yang menjurus ke arah kegemilangannya ialah termahkotanya sebagaiJohan Sekolah Harapan Negara, Bahagian Sekolah Menengah Bandar Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999,Anugerah Kecemerlangan Shell PMR terbaik 1998 Peringkat Kebangsaan, Anugerah Kualiti Juara JPN Peringkat negeri Kelantan, Naib Johan Anugerah Kualiti YB Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 dan Juara Antara Juara Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan beberapa tahun berturut sejak 1999 dan akhir sekali mendapat penghargaan Khas daripada JAPIM di ataspencapaian terbaik SPM 2005 bagi SMKA seluruh Malaysia.
Seramai 5 orang pemantau kokurikulum daripada JPN kelantan hadir ke SMKA Naim Lilbanat .......Berita lanjut
Ucapan daripada penyelaras program
Ceramah ramadhan
Penyampaian sijil anugerah SUMUR
Majlis Perasmian Ihya Ramadhan dan Penutupan Bulan Bina Insan telah diadakan di SMKA Naim Lilbanat pada 25 Ogos 2008/24 Syaaban 1429H.
Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua sendiri. Pada majlis ini juga telah diadakan ceramah Ramadhan, penyampaian Sijil Anugerah SUMUR, Pelajar dan Guru Penyayang serta kutipan Derma Tabung Ramadhan .......
Berita lanjut .....
Pn Hjh Maimunah Hj Ismail, Pengetua SMKA Naim Lilbanat akan berkursus Pengetua Kluster di England selama 2 bulan bermula 12 Mei 2008.
Hari Kemuncak Kokurikulum dan Hari Koperasi peringkat sekolah telah berlangsung di SMKA Naim pada 25 Jun 2008 .....Berita lanjut
Mesyuarat Agung PIBG dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan kali ke 22, SMKA Naim Lilbanat telah diadakan pada 3 Julai 2008 bertempat di sekolah ini. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Tn Hj Zahari Daud, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan.